D'Owner! ![]() ![]() ![]() ![]() Annyeonghaseyo. Welcome to our wonderland. Owns by two cute and hot girls /bricks/ Zara and Ainaaa :) Kitorang kipas-susah-mati K-POP. Di sini, kitorang buat random, tulis fanfic and everything lahh ! A home to all Kpoppers ♥ Ruangan Tapak kakiii! ![]() Credits! |
Don't Touch My Girl Part 2
Di kelas 4 Xenos, suasananya amat bingit dengan suara
pelajarnya. Apabila mereka mendengar bunyi kasut tinggi, mereka cepat-cepat
duduk di tempat masing-masing. Miss Kang tersenyum sinis.
"Hari ini kita ada pelajar baru. Dia baru
berpindah dari Amerika, dan saya harap awak dapat bagi kerjasama kepada dia,
okay?" ujar Miss Kang, guru tarian 4 Xenos. "Sila masuk."
Naeun menarik nafasnya sebelum melangkah ke dalam 4 Xenos.
Dia memerhati sekeliling kelas dan semua pelajar memandang ke arahnya.
Kemudiannya, dia terus berjalan ke arah Miss Kang.
"Perkenalkan diri awak" arah Miss Kang
"Arra" dia menunduk hormat Miss Kang dan
kemudiannya memandang ke arah kelas.
"Annyeonghaseyo ! Nae ireumeun Son Naeun imnida!
Mannaso banggapsumnida !" Dia tersenyum manis.
"Ahh... Naeun-ah! Hmm…" mata Miss Kang liar
memerhati sekeliling kelas."Myungsoo! Sebelah awak kosong kan?" Miss
Kang bertanya kepada seorang pelajar lelaki yang menutup wajahnya dengan komik
yang berada di kedudukan kedua terakhir disebelah kiri kelas.
"Kosong!" jawabnya seperti tidak berminat
dengan apa yang berlaku.
"Macam pernah dengar suara tu" detik hati Naeun
"Okay Naeun, awak boleh duduk di sebelah budak
lelaki yang sibuk dengan komiknya. Dia juga akan menjadi partner menari awak."
Miss Kang tersenyum nakal
"Mwo? Ohh...arraseo !" ucap Naeun lalu
melangkah longlai ke arah tempat yang dimaksudkan. Dia duduk lalu menegur deskmatenya.
"Annyeong! Naeun imnida !" tegurnya.
Lelaki itu mengalih komiknya dari wajahnya dan
tersenyum sinis. "I think we already met before"
Naeun terbeliak melihat Myungsoo. "A-awak?"
"Kim Myungsoo a.k.a L! Better get back to my sleep!"
katanya lalu menutup wajahnya dengan komik itu lagi.
Naeun memandang ke hadapan. 'Sombongnya!' detik hatinya
sambil mencebik.
-----------------
[Bilik tari Woollim Academy]
Naeun bersedia untuk kelas tariannya. Dia memakai t-shirt
berwarna putih bersama short berwarna merah jambu. Semua mata tertumpu ke
arahnya. 'Aku pakai pelik ke? Rasa macam sama je dengan yang lain??' Naeun
membalas pandangan pelajar lain dengan penuh tanda tanya.
Naeun terus duduk tatkala Miss Kang masuk ke dalam kelas
tersenyum.
"Naeun... saya nak awak tunjukkan bakat awak..Awak pandai
menari?" pinta Miss Kang
"Ye? Yeah, boleh lah sikit-sikit” balas Naeun
gagap.
"Saya tak nak jawapan macam tu! Bangun dan tunjukkan
bakat awak ! What's kind of dance you prefer?" tanya Miss Kang agak tegas.
"Any dance is fine" jawab Naeun sambil memandang
ke arah Miss Kang.
"Okay..tunjukkan pada saya," arah Miss Kang
"Okay" Naeun bangun dan terus memsang iPodnya ke
music player di sebelah kiri kelas.
Kemudian berkemundang melodi yang catchy dan menarik.
|