D'Owner! ![]() ![]() ![]() ![]() Annyeonghaseyo. Welcome to our wonderland. Owns by two cute and hot girls /bricks/ Zara and Ainaaa :) Kitorang kipas-susah-mati K-POP. Di sini, kitorang buat random, tulis fanfic and everything lahh ! A home to all Kpoppers ♥ Ruangan Tapak kakiii! ![]() Credits! |
Characters
.main characters.
Naeun
Naeun adalah anak kepada Son Ho Young, pemilik Woolim Ent. dan Cube Ent. Dia seorang yang pemalu tetapi beryakinan tinggi ketika membuat persembahan. Amat berbakat dalam bidang seni terutamanya vokal. Apabila ayah dan ibunya berpisah, Naeun mengikut ibunya berpindah ke Amerika. Seorang yang suka menbuatkan aegyo ketika bersama orang yang rapat dengannya.
Myungsoo
Myungsoo atau nama pentasnya, L adalah anak kepada Kim Ryeowook, pemilik SJ Dance Center. Pada pandangan orang, Myungsoo seorang yang sombong dan pendiam tetapi bila bersama rakan-rakannya, dia berubah menjadi periang malah suka mengenakan orang. Amat berbakat dalam bidang seni vokal , namun minatnya lebih terarah kepada senia tarian sama seperti Naeun. Dia juga trainee bawah syarikat ayah Naeun, Woolim Ent. Dia adalah visual representative dalam kumpulan kingka, INFINITE. Dia juga digelar “Cold-Hearted Prince” di sekolah.
Hyunil
Hyunil atau nama samarannya, Ray adalah anak kepada Kim Jaejoong, seorang penerbit album yang terkenal di Korea. Dia seorang yang amat berbakat dalam bidang seni, minatnya lebih terarah kepada vokal dan tarian. Hyunil seorang playboy popular di Woolim Academy, namun di sebalik sifat buruknya, dia seorang yang baik hati, penyayang dan pendengar yang baik.Dia pernah menjadi kawan baik Naeun ketika kecil namun disebabkan kata-katanya, Naeun membencinya sehingga sekarang. Dia adalah ‘Perfect Ray’ dalam kumpulan kingka Woolim Academy, C-CLOWN. Dia juga digelar “The Playful Playboy Prince”.
Baekhyun
Baekhyun adalah abang kepada Naeun. Namun tiada siapa yang mengetahuinya oleh kerana perpisahan ibu bapanya. Baekhyun tinggal di Korea bersama ayahnya. Dia amat menyayangi Naeun dan mengambil berat tentangnya. Seorang yang berbakat dalam bidang seni vokal dan sedang mengikuti pengajian di Seoul Music Academy.
Ara
Ara adalah kakak kepada Myungsoo. Seorang yang gila-gila dan suka mengusik Myungsoo. Ara suka hidup berdikari, dia sering sahaja menolak appanya yang mahu dia menjadi koreografer di SJ Dance Center. Suka mencari kerja kerja yang tak masuk akal, dia pernah bekerja sebagai tukang sapu, tetapi dibuang kerja.
Krystal
Soojung atau Krystal merupakan kawan baik Naeun di Woolim Academy. Dia seorang yang cantik, periang dan baik hati. Dia suka membuat aegyo seperti Naeun. Salah seorang daripada queenka sekolah yang popular. Dia mempunya suara yang merdu dan bakat tari yang baik. Dia menyimpan perasaan kepada Nam Woohyun, salah seorang daripada ahli kumpulan kingka, INFINITE. Digelar “The Angel Princess” kerana kecantikan yang dimilikinya. Ahli kumpulan queenka Woollim Academy, Scarlette.
Ahreum
Ahreum juga salah seorang daripada kawan baik Naeun. Dia seorang yang cantik, banyak mulut dan sangat hyper. Seperti Naeun dan Krystal, dia juga salah seorang daripada queenka popular di Woollim Academy. Dia pandai rap dan berbakat dalam seni tari. Dalam diam, Ahreum menyukai Kang Jun salah seorang daripada ahli kumpulan kingka, C-CLOWN. Digelar “The Bubbly Alive Princess” kerana keriangannya. Dia juga ahli kumpulan queenka Woollim Academy, Scarlette bersama Krystal dan Hyuna.
.minor character.
INFINITE
Sung Gyu
Woohyun Dongwoo Hoya Sungyeol
L
Sungjong
C-CLOWN
Rome
Kangjun
Siwoo
Ray
T.K
Maru
Scarlette
Jiyoung
Suzy
Sohyun
Krystal
|