D'Owner! ![]() ![]() ![]() ![]() Annyeonghaseyo. Welcome to our wonderland. Owns by two cute and hot girls /bricks/ Zara and Ainaaa :) Kitorang kipas-susah-mati K-POP. Di sini, kitorang buat random, tulis fanfic and everything lahh ! A home to all Kpoppers ♥ Ruangan Tapak kakiii! ![]() Credits! |
Don't Touch My Girl Part 1
Naeun merupakan pelajar baru di Woolim Academy atau WA.
Sebelum ini, dia merupakan pelajar di Cube High di Amerika. Dia terpaksa
pulang ke Korea kerana ayahnya memintanya untuk debut bersama A-PINK di
sana.
-----------------
NARRATOR POV
"Appa, Naeun dah cakap Naeun tak nak balik Korea. Naeun gembira duduk di Amerika, kenapa tiba-tiba appa
suruh Naeun balik Korea?" Naeun bingung akan
ayahnya yang tiba-tiba menyuruhnya untuk pulang ke Korea minggu hadapan.
"I'm so sorry Naeun. Naeun mesti dah tahu, appa nak debutkan sebuah kumpulan idol perempuan tapi vokalis dia awal-awal dah tarik diri
sebab sakit...Sebab tu lah, appa nak minta tolong Naeun menggantikan
posisi dia," jelas Son Ho Young, ayah kepada Naeun merangkap pemilik Woollim
Entertainment dan Cube Entertainment.
"Arraseoyo, Naeun akan tolong appa. Naeun balik Korea minggu hadapan.
But you must to manage all the ticket flight and everything,” Naeun
berhenti seketika sebelum menyambung kata-katanya, “Tapi Naeun tak nak sekolah kat Cube High Korea..."
"Tentang sekolah Naeun, Naeun tak perlu bimbang. Nanti appa
daftarkan nama Naeun di Woollim Academy, okay?”
"Okay ! Send my love to Baekkie oppa okay? Bye !” ujar Naeun
sebelum ayahnya memutuskan talian.
Naeun mengeluh kecil. ‘Haish ! Kalau bukan disebabkan appa, memang
aku tak akan pijak tanah Korea. Kalau balik Korea, mesti jumpa Hyunil. Mesti dia nak kutuk aku nanti ! Benci
Benci!' getus Naeun dalam hati
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Seminggu kemudian, dia
dipindahkan ke Woollim Academy yang juga sekolah seni milik ayahnya. Ya, ayah Naeun,
Son Ho Young adalah pemilik Woollim Entertainment dan Cube Entertainment. Naeun
melangkah masuk ke dalam Woollim Academy.
Sekurang-kurangnya, dia agak bersyukur kerana tidak bersekolah bersama musih ketatnya, Kim Hyunil. Hyunil pernah menjadi kawan baiknya ketika kecil namun
disebabkan mulut Hyunil yang tak ada insurans tu telah membuatkan Naeun
membencinya.
Sebab itu, Naeun ikut ibunya berpindah ke Amerika apabila ayah dan ibunya
bercerai.
Perlahan-lahan dia melangkah ke arah kelasnya. Dia akan masuk ke kelas 4
Xenos. Di hadapannya terdapat sekumpulan
pelajar yang berkumpul di tengah hallway sekolah. Naeun tidak mengendahkan
mereka dan hanya melangkah melepasi mereka. Tiba-tiba salah seorang daripada
pelajar tadi menolak Naeun ke tengah hallway sekolah. Naeun jatuh terjelepok
dengan separuh badannya terbaring di lantai.
"Hei, sakit lah...Apa main tolak-tolak ni?" Dia menjerit kecil.
"Infinite !
Infinite !" Orang yang menolaknya tadi, langsung tidak menghiraukan Naeun malah menjerit menyebut nama Infinite.
'Gila agaknya' desisnya dalam hati lalu dia bingkas berdiri walaupun
kakinya merasa sakit.
Tiba-tiba semakin
ramai pelajar berkumpul di hallway Woollim Academy. 'Infinite?
Apa tu? Kumpulan black magic ke?' fikirnya lalu memandang ke arah tempat yang penuh dikerumuni orang itu. Dia ternampak 7 orang jejaka
berjalan dengan penuh karismanya ke arahnya. Tiba-tiba badannya sekali
lagi ditolak sehingga dia jatuh terjelepok di hadapan kumpulan itu.
"Aduh! Sakitnya
! What a bad luck!" Naeun menjerit kecil. Tiba-tiba dia ternampak seseorang
menghulurkan tangannya kepadanya. Dia memandang ke atas dan mendapati salah
seorang daripada Infinite menghulurkan tangan kepadanya.
Dia menpunyai wajah
yang kacak ditambah dengan rambutnya yang berwarna brown. Dia mempunyai
sepasang mata yang menggoda. Bibir yang boleh menggoda orang untuk menciumnya,
bentuk muka yang perfect, sesuai dengan feature wajahnya. Senang cerita, dia
nampak seperti seorang Prince Charming lah!
"Tak nak bangun
ke?" Lelaki itu tiba-tiba bersuara.
"Hah?
Ohh..." tangan Naeun menyambut tangannya. Pelajar yang berada di situ mula
berbisik dan mengeluh marah. Naeun menelan air liur.”What a bad day today’ Naeun
merungut dalam hati.
Lelaki itu
kemudiannya perlahan-lahan menarik Naeun supaya dia dapat berdiri. Muka Naeun
mula merah padam. Dia cepat-cepat beredar ke arah pejabat selepas berdiri.
"Not even simple
thanks?" Lelaki itu mengeluh dan berpaling ke arah kawan-kawannya
"Jom!" Dia terus berjalan ke arah 4 Xenos.
|